Thursday, June 11, 2009

MalaM berdarAh..

"Ahhh... tensen betui malam ni." Teh tarik aku dah lama habis. Tok ketua pulak daripada tadi asyik main dam aji aje dengan Pak Lang... tak bagi peluang kat orang lain langsung. Malam tu ada la dalam lima nam orang yang melepak kat warung Pak Mail.

"Eh, tok! Kalau tak silap aku tu , Karim tu tok," suara Pak Ali yang serak-serak Bon Jovi telah membuatkan aku tersentak. Semua yang ada kat warung tu termasuk aku memandang ke arah tempat yang dimaksudkan oleh Pak Ali tadi.
Karim berlari terhuyung-hayang lalu merempuh masuk ke dalam warung Pak Mail. Karim terlentang ke atas lantai sambil tangan kanannya menekup perutnya yang berlumuran darah.
"Too... to... tolong tok. Too... " to... tolong! Samad me... mengamuk!!" Suara Karim terketar-ketar menahan kesakitan.
"Ha! Ha! Ha!" Tiba-tiba Samad muncul dengan parang panjang terhunus di tangan. Seluruh badannya merah dibasahi darah.
"Aku nak mandi darah malam ni." Ha! Ha! Ha!" Samad bersuara lantang. "Jaga-jaga semua! Dah disampuk setan agaknya dia nii!" Tok ketua mengarahkan agar beberapa orang yang berada kat situ berjaga-jaga.
"Bukan setan tok, jin aprit agaknya nih!" Tambah Pak Wahab pulak.
"Ye ke? Besr ke jin tu?", Tiba-tiba Pezal, cucu tok ketua yang tiga suku tu pulak mencelah.
"Hiyarkhhh!!" Samad menjerit sekuat hati Gaban sambil berlari menuju ke warung.
Tanpa berlengah lagi aku terus melompat ke hadapan. Samad terkaku. Matanya bulat merenung ke arah aku.
"Sabar Mad, sabar. Campakkan parang tu," aku cuba menenangkan Samad.
Dada Samad yang tadinya berombak kencang kini sedikit demi sedikit beransur tenang. Samad nenundukkan kepalanya, seolah-olah sedar dengan keterlanjurannya itu. Aku menarik nafas lega.
"Hiyaghh!!" Tiba-tiba Samad naik angin balik.
"Kurang ajar lu Mad! Lu nak fight sangat, kan? Hah, meh sini!" Aku mencabar Samad setelah berjaya mengelak serangannya tadi.
Darah kependekaran aku mula terbakar... terbakar ditahap maksimum.
Samad naik berang dengan cabaran aku tadi. Mukanya merah padam... sebijik macam gorila. Dia terus meluru ke arahku sambil menghayun-hayunkan parangnya. Tetakan demi tetakan berjaya aku tangkis. Samad memang dah gila! Aku dah tak mampu untuk bertahan dengan tetakan yang membabi buta itu. Samad perlu diajar!
Peluang yang ada tidak aku sia-siakan. Dengan pantas aku menangkap siku kanannya dan terus memberikan satu tumbukan padu gaban di rusuk kirinya. Parang Samad terpelanting jatuh. Tak cukup dengan itu, satu tendangan rentak serigala aku hadiahkan tepat ke mukanya.
Kini giliran aku pulak yang dirasuk hantu. Aku membelasah Samad semahu-
mahunya... biar dia sedar sikit. Badan Samad yang dah lembik tu aku angkat tinggi-tinggi dan aku baling sekuat hati ke tanah.
"Woi!!" Tiba-tiba tok ketua menjerit ke arahku dengan sekuat hati.
"Engko ni apasal, hah?"
Aik? Tok ketua marah kat aku? Aku kebingungan. Apsal pulak aku yang dimarahinya?!
"Engko tu pelakon tambahan je, jangan Ie nak over acting pulak! Habis rosak filem aku! Rosak! Rosak!" Lepas dari malam tu tok ketua yang juga merangkap pengarah filem yang aku berlakon tu terpaksa mencari pelakon lain yang tak over acting untuk menggantikan aku. Hi... hi... hi... hi... hi....

Friday, June 5, 2009

you've gOT 1 nEw MessAge

Sedar x sedar skunk kite dah pown masok cuti pertengahan tahun
muNgkin korg dah plan nk wat pe mase cuti ni
gi shopping ke, jln2 ke, balek kmpg ke, atau lagi BEST duk umah mengadap pc je..(cam ak)
hahhaha
anyway korg kene ingat
kAlo yG ade status SEKoLA tu pandai2 le bajet mase wat HmwrK
jgN tunggU sampai last daY cuti baru Terhegeh2 nk wat keje..tu yg x berkat tu
Bak kate Ak..'Yg bulat x dtg bergoleK, yg pipiH x dtG melayAng'
kalo x Dibuat hMWrk tu sape lagi nk wat..?? betol x?

tapi kalo Korg nk gaK mengadap Pc kat umah
gi la Cari bende2 yG patut cam Myspace ke, friendster... eh silaP,
caM banK soalaN upsr/pmR/SpM/StpM ke, or pengetahuaN global pown bole gaK
astRo selalu ckp > '..macam-maCam ade!!..!
Bukan ape..
pasal bendE2 ni sume pentIng untuk kiTe ketahui dan WAJIb kite ambik tahu
kate zamaN sains, tekNologi & maKlumaT
kAlo zamAn dulu laen la, tanam puCUk ubi pown dA bole Sara idUp
taPi ZamaN skuNk ni kaLo x celiK iT, x Ambik Tahu hal SEmase, x BerdikaRi
saMpai bile2 pon x kan maJu..
Bukan Maju jadi lagi negATif
Maju kan dirI, keluarge, masYarakaT, bangSA, komuniTi, negarE dan agame ke arah yg betol
Ingat NI.....
idoP ini Hanye sekalI yg Perlu kite TempuHi..
Dengan tabaH hati daN kecekalan Diri





P/s: err... keje sekola da wat lom??